Want your
own Fotopage?








 
:: Sunrise at G. Chamah ::
Image hosting by Photobucket
By: fisha aka uglysister

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
XPDC Trans Yong Belar - Challi Pondok - Triangle - Blue Valley

baru start sume tgh fresh ni
view dari sini pon dah cun, baru lepas dam ni
take 5
View all 51 photos...
Xpdc Yong Belar - Challi Pondok - Triangle (puncak 3 negeri) - Blue Valley

Location : Cameron Highlands, Pahang
Height : Yong Belar - 7156ft, Challi Pondok - ?, Triangle-?
Date : 4-6 December 2004
View : Superb!
Duration : 3 days
Difficulty : Moderate to Heavy Backpacking
Expeditors :
Fisha, Nina,Baby, Adik, Eppott, Botak, Padil, Labor, Reen, Budin, Nowa, Nije, Najmudin

Overall : memang best gila, view paling cantik kat Triangle.. Yong Belar ok tapi kabus plak pagi tu so tak nampak sangat, Challi plak mmg tak nampak view..tapi kat Challi malam paling sejuk skali +angin kuat.. trek mmg tough.. nak2 kitorang sume mmg tak treining langsung.. amik pangok tak hengat.. tapi jalan tetap jalan, enjoy tetap enjoy.. hehehe..

Report Blue Valley - YB - Challi Pondok - Triangle - Blue Valley (ikhsan adek)
3 Dec 04
2300 -Lokasi Melati Curry House. Dah lama menunggu sambil layan teh tarik.
Labor, Reen, Budin, Eppot, Nowa, Nije, Botak, Baby. Turut serta mengiring Apies, Mimi, Tojen, Mono.
Last call untuk Udien dan adik. Baby ngan nije pergi beli buah-buahan kat pasar malam.
Botak ajak baby temankan balik umah tertinggal sluar tiger belang-belang itam...Akhirnya load barang dalam keta.Eppot drive satria bersama krew Budin dan Reen.Botak drive satria bersama krew Baby dan Nowa (asyik berbunyi jer phone dia tak abeh2 ngan sms dari gpren) .
Adik drive waja bersama krew Labor, Nije dan Udien.Janji jumpa Pisha di Brinchang.
Pisha drive wira bersama krew Padel dan Nina. Bertolak dari Tmn Melati

4 Dec 04
0100 - Berhenti Minum di Hentian Rehat Tapah.
Adik maju kehadapan terus Hentian Simpang Pulai sebab Labor bilang Simpang Pulai...Simpang Pulai..Simpang Pulai.. Layan teh tarik dan Nasi Lemak...
-Gerak ke Tol Simpang Pulai.
Cuak sebab, Padil ckp jalan ke Simpang Pulai ditutup kepada lalu lintas dari jam 06:00 pm - 08:00am. (Dia borak ngan sapa tah ?) Lagi suspen. Kat tepi-tepi jalan sumer ada signboard jalan ditutup sekian-sekian waktu... adusss.. Lepak jap tepi jalan. Buat keputusan beramai-ramai. Nasib ada satu rumah yang masih terang benderang bersama penghuninya. Abang tu kata ada jer kenderaan yang lalu lalang time gini.... hati-hati sebab banyak binatang liar lalu lalang. Jalan sunyi. Hati-hati dijalan raya...

Tekad, kalau jalan tutup kita betang fly tidor kat Pos ? tunggu gate bukak. Gerak bersama-sama.
Pisha, Padel dan Nina dalam perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata.

0330 - Tiba di Kg Raja, melalui Simpang Pulai. Tidur di surau Kg Raja. Sejukkk...

0430 - Pisha, Padel dan Nina tiba di surau Kg Raja. Tidor tak hengat

0615 - Bangun solat subuh.Kemas barang. Tukar baju trekking. Warm Up...sejukkk. Padel dengan aksi seluar tight ala-ala skin colour...wakakaa

0830 - Ambik 4WD ke Blue Valley oleh Macha Kanta. Singgah ke Balai Polis Kg Raja buat report.

0920 - Desiran air sungai dari Empangan. Sejuknya.Start panjat tangga. Sesi memanaskan badan. Hambik..lutut ke dagu. Pangok nak sampai ke anak tangga terakhir..

1100 - Starting trek hutan. Musim ujan, lembah berselut dan berlopak-lopak air menuju ke persimpangan Trek lama Charlie Pondok-Triangle-Yong Belar dan batu tanda sempadan tiga negeri (Pahang, Perak dan Kelantan). Tangga terakhir di empangan sungai. Hutan renek masih seperti 8 bulan lalu. Budin dengan parang memberikan laluan kepada krew yang lain.Lembah berlopak selut. Sejuk macam air batu. Trek balak menuju ke trek hutan berlumut.

1300 - Lunch kat Kem Tudung Periuk. Sesi makan-makan, bahan-membahan Nina, bergambar dan main mercun oleh Botak. Sapa-sapa nak membuang hajat ada water point kat bawah.

1400 - Meredah hutan berlumut. Ala-ala Lord Of The Ring (II)

1630 - Lepak Bukit Botak. Favourite krew, panjat pokok Bongsai Abu untuk sesi fotografi.

1730 - Sampai last waterpoint YB. Melepaskan hajat. Sebab sejuk sangat. Bahan dan ramuan utama, Nina and the gang.Kumpul botol air, nak pikul ke puncak YB.

1845 - Merangkak (sampai ader yang terpaksa cabut beg ngan perot ... wakakaka), melolos, tunduk, bongkok. Huaaaa... krem peha-lutut. OT nih. Jalan beriringan. Sapa ada torch light sila kuarkan. Khidmat diperlukan.Sambung jalan Menuju Puncak Akademi Yong Belar

2030 - Akhirnya, sampai ke Puncak Yong Belar.Semua barang kuar, Fly kasi bukak.Eppot, Nina, Pisha, Baby, Botak, Padel sebok di dapur menyediakan juadah makan malam..Menumis bahan rempah ratus secukup rasa oleh Nina anda the gang.Menu makan malam - Ayam masak merah .... Lupa daaa
Minuman tengah malam oleh Padel (kopi tenom) Keluarkan sleeping bag. Tidor

5 Dec 04
0630 - Embun bersama gerimis pagi menusuk ke tulang kalbu..ekkekkee..

0900 - Makan nasik

0930 - Sambung tidur.Jom packing, dah pukul brapa niehh... Jap ahh tunggu kabus surut. Sejuk... Sambung tidor.

1200 - Start packing.Start membahan Nina and the Gang.Sesi bergambar main mercun. Sponsor oleh Botak

1300 - Start trekking hutan Berlumut.Meredah cerun.

1315 - Lepak di Anak YB.Hati-hati dengan sisa buangan penghuni YB.

1330 - Gerak dari Anak YB. Sesi meliut lentok badan.Membahan Nina dan Baby. Merangkak dicelah dahan pokok.Meredah pokok tumbang dan cerun cenuram.

1600 - Lunch di Puncak Gurkha. Roti, serunding, air milo, sandwich, rendang. Sesi fotografi

1700 - Jalan lagi. Hati-hati dengan sisa buangan penghuni YB-Charlie Pondok. Dah lewat senja. Lembah Gurkha. Udien tergolek stunt dalam usaha menjejak trek Kem Gurkha.

1900 - Sampai di Kem Gurkha. Hujan makin merintih-rintih. Sejuk sesangat.Lokasi yang amat suram dan gelap. Kata sepakat untuk tidak bermalam di kem Gurkha. Kumpul botol air, nak pikul ke puncak Charlie.

1930 - Naik ke Challi Pondok. OT. Jalan beriringan. Sapa ada torch light sila kuarkan. Khidmat diperlukan

2130 - Sampai di Challi Pondok.Bukak Fly. Eppot, Nina, Pisha, Baby, Botak, Padel sebok di dapur menyediakan juadah makan malam..Labor masak nasi. Keadaan cemas bila Nowa tido tak hengat nak bangut (tengah mimpi makwe tu ... sebab masa dalam keta batt phone abes tak sempat nak bermanja2 ... wakakaka ). Dah tiga kali kejut dan digoncang tak sedar-sedar jugak..iskhhh..buat suspen jerrkk. Sesi makan malam. Menu telur masak kicap, gulai ikan masin. Alhamdullilah. Mekaceh Nowa tolong repair pintu fly. Tak sejuk sangat (maner nak sejuk ... adek pakai sleeping beg baru tag pon tak bukak lagik )...Bukak Sleeping Bag. Tidor.

6 Dec 04
0830 - Bangun...bangun...bangun...Minum pagi bersama roti pita, sandwich tuna, serunding, rendang.
Packing dan membahan Nina and the Gang. Sesi bergambar.

1130 - Gerak ke lurah hutan berlumut Pondok Challi. Sesi merangkak, meliut lentok, meregang otot, merangkak, terguling-guling. Hati-hati dengan sisa buangan penghuni Challi Pondok.

1230 - Lepak di Triangle. Saat Marbeles. Superb.View 360 ยบ panorama. Korbu, Yong Belar, Charlie, Ipoh town, Cameron Highland. Sesi bergambar. Favourite krew, panjat pokok Bongsai Abu untuk sesi fotografi.

1330 - Gerak dr Triangle

1430 - Lepak di Topo (Bt 64 - lain dr Topo dulu). Kita minum dulu. Padel, Botak runner kejar uncle Macha Kanta jam 1600

1500 - Gerak dr Topo
1530 - Puncak 6040
1730 - Sampai Blue Valley. Mandi manda, minum teh

1830 - Naik 4WD balik Kg Raja. Hujan lebat. Pokok tumbang kena jalan sikit ke bawah. 4WD tak boleh masuk.Tiba di Kg Raja, chek out kat Balai Polis Kg Raja. Boleh mandi dan solat di surau Kg Raja.(time nie la nowa pegi cari public phone nak call mata air ... kantoi, patot la mata meliar jer rupanya cari public phone).

2000 - Turun ke Berinchang

2030 - Order makan sambil-sambil shopping kat pasar malam beli strawberry, bunga dan limau (padel beli anak patong .. mm ... untuk saper tu agaknyer)

2200 - Makanan baru sampai..... hampeh

2300 - Gerak balik ke KL ikut Simpang Pulai. Sorry beb, bumper tak prasan..Berdesup....
Good Bye Blue Valley - YB - Challi Pondok - Triangle - Blue Valley

7 Dec 04
0200 - Sampai Tmn Melati

Gambar : ihsan nije



First time gi outing ngan engko.. korang memang best sesangat larr.. Mon 14-Mar-2005 05:40
Posted by:adek-adek  - [Link]
haha trekking ngn ko ngn hubby ko pon best adik.. lepas ni target kite benom plak?? Mon 14-Mar-2005 10:49
Posted by:fisha
Add comment


Thursday, 21-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
CSS Workshop

with Pei Ling
Presentation
Caroline's group
View all 7 photos...
Customer Service Skills workshop masa onboarding sesion ngn CAHD 3rd batch

Care to comment?


Tuesday, 5-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
XPDC Gunung Tapis - Air Terjun Pelangi 2004

 
 
apisnyer gelakkk
View all 49 photos...
XPDC : G. Tapis & Air Terjun Pelangi
Date : 2-4 Oct 2004
Location : Pahang
Duration : 3 days
Difficulty : moderate backpacking
Trek : Steep all the way.. heheh up up and away.. tough gila


kepada yang empunya...
boleh tak saya dapatkan foto air terjun untuk tujuan aktiviti amal...sumbangan anda amat dialu-alukan
Mon 15-Aug-2005 01:12
Posted by:aki p_emzek@yahoo.com  - [Link]
mmg cantik flora n fauna tpt tukan... keindahan yg dicipta utk dikongsi bersama bg yy benar2 menghargainya...
x puas sekali pg..........

Wed 6-Sep-2006 13:00
Posted by:aiewa n_aiewa@yahoo.com
boleh bg tau camner nak cari/contx guide tuk ke gunung tapis???
Tue 7-Nov-2006 12:50
Posted by:aiewa n_aiewa@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Sunday, 29-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Adventure Race - UPSI Challenge

registration day
perasmian and briefing
nurul pon ade..
View all 32 photos...
Event : UPSI Eco-Challenge ,tanjung malim, perak
Date : 29 August 2004
Distance : 83 km
Duration : 7 1/2 hours (macam nak pengsan)
Category : IPT Mixed team
Placing : 5th
Course : on road and offroad running, onroad and offroad cycling, swimming, tubing, wall climbing, obstacle course, river-crossing and mystery tests.
Difficulty : It was tough for me as it was my first experience entering a race and the toughest event was the offroad mountain-biking due to lack of training and experience. Cool teammates and support team though.

gambar : ihsan padil (fadilth.fotopages.com)



Bravo.. Mon 21-Mar-2005 08:00
Posted by:adek-adek  - [Link]
thanxs everybody... im happy to visit this site. i huv a lot of picture with me if u want to huv it. just email me or contact me... i like to share an expirence with u all.. 0125557393 Thu 10-Nov-2005 16:57
Posted by:Ezzad Ghuzlan ezzad_upsi@hotmail.com
Add comment


Monday, 26-Apr-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
XPDC Chamah-Ulu Sepat 17-25 April 2004

kat puduraya
breakfast kat kg. lerlar
sebelum menerima azab
View all 35 photos...
XPDC Chamah-Ulu Sepat

Location : Kg. Lerlar, Lasah (Perak)
Date : 17-25 April 2004
View : Subhanallah.. Marvelous yang terlampau
Difficulty : Heavy to Super Heavy Backpacking (physical fitness and endurance kene tip top)
Duration : 7 days
Expeditors :-Fisha, Chimm, Bett, Pogo, Lofi, Nazzly, Nowa, Budin, Lipan, Jimi, Peyus

Schedule :
Day 1 : Kg. Lerlar to Kem Agas
start trekking : 9.30 am
lunch : 12.30 pm kat kem Relik
sampai kem agas : 4.15 pm
trek : mencanak sepanjang hari

Kenangan x dpt dilupakan : super heavy haversack sebab first day, barang2 melampau byk.. berat gila

Day 2 : Kem Agas - Kem Peresstart trekking : 9.30 am
Lunch : 12.00pm kat chenderik
sampai Kem Peres : 6.00 pm
trek : memula mencanak sampai puncak view(G.Beyor), lepas tu turun naik ke sempadan (simpang chamah - ulu sepat), pastu turun + jalan flat ke Kem Peres.

Kenangan x dpt dilupakan : Lofi kene patuk ular, lipan ngn chimm kene penyengat (nasib baik semua bole recover)

Day 3 : Kem Peres - Kem Tongkat Ali
start trekking : 11.00
lunch : 1.00pm kat rekom
sampai kem tongkat ali : 5.00 pm
Trek : Trek balak turun naik dari Peres ke Rekom. Dari Rekom ke Tongkat Ali trek lereng sungai ade yg mencanak ade yg menurun, kebanyakannya mencanak.

Kenangan x dpt dilupakan : Jumpa bunga Rafflesia tgh kembang, cantik gila.. lepas tu lalu kampung rekom yg abandon cam cite x-files, best siot..

Day 4 : Kem Tongkat Ali - Puncak Chamah
start trekking : 12.30 pm
Lunch : Puncak 1 pukul 2.00pm
Sampai Puncak Chamah : 6.15 pm
Trek : hahaha mencanak sepanjang hari kecuali bile dah sampai kawasan permatang dekat2 ngn puncak, layan permatang.. ade lebih kurang 5-6 puncak tipu sebelum sampai ke puncak Chamah, mental kene layan je.. kalau tak psycho dgn puncak2 tipu pasal tak sampai2.

Kenangan x dpt dilupakan : Guide Dollah ilang, penat carik sampai kol 12, last2 proceed dgn 1 guide je (adi). Paling best sampai ke puncak Chamah dapat tgk sunset n dapat conquer satu lagi gunung G7 - tinggal satu lagi utk complete.. yahoo!!

Day 5 : Puncak Chamah - Kem Peres
start trekking : 9.30 am
lunch : 12.30 pm at kem tongkat ali
sampai Kem Peres : 7.00 pm
trek : hari ni tough sebab trek 2 hari dah jadik 1 hari (puncak-tongkat ali - peres). Trek menurun sampai boring ke tongkat ali, pastu main lereng sungai sampai ke rekom, pastu layan trek balak sampai ke peres.. mmg menguji mental + endurance hari ni..

Kenangan x dpt dilupakan : Sunrise lawa gila kat puncak Chamah. Tak sesia bgn pagi layan sejuk - view mmg superb beb

Day 6 : Kem Peres - Puncak Ulu-Sepat
Start trekking : 11.00 am
Lunch : Sempadan : 12.45 pm
Sampai Puncak Ulu Sepat : 7.00 pm
Trek : Trek menaik dari Peres ke Sempadan. Sampai sempadan pungut balik ration untuk ke ulu sepat. Re-pack haversack. Pastu trek memula menaik pastu turun sampai ke last waterpoint ulu sepat. Amik air dan first time sepanjang XPDC ujan turun lebat gila.. Pukul 5 pm proceed ke puncak pasal takmo sampai malam.. trek memang menaik yg mencanak melampau2.. hehehe.. amik azab sapa suruh nak pegi sangat.. halfway sampai ke kawasan permatang kene melangkah selut dan lumpur dan lopak yg bapakk punya dalam.. macam2 skill dan style mengangkang tergolek sume ade.. hehe

Kenangan x dpt dilupakan : Yes!! dapat jugak complete kan G7 setelah tunggu 6 taun nak naik chamah-ulu sepat ni.. kat puncak Ulu Sepat ni 3 orang complete G7 buat kali pertama : aku, chimm ngn jimi, Budin pulak dah completekan G7 dia buat kali ketiga.. melampau betol.

Day 7 : Puncak Ulu-Sepat - Kg. Lerlar
Start trekking : 1.00pm
Lunch : lengweng kol 3.00
Sampai sungai last sebelum ke kg. lerlar : 6.00 pm
Trek : trek penurunan melampau dari puncak sampai ke lengweng. Lepas tu layan trek kebun yang jauh tak sampai2 .. sampai boleh bikin pewai.. tapi sebab semua semangat nak balik semua mental fit merempit sekor2.. sampai2 sungai last patot nye anak Ah Hee amik kitorang tapi dia bongok tersilap dengar info.. last2 kene menapak dekat sejam sampai ke kg. lerlar.. sume muka boring patot dah abih trekking rupanya kene trekking lagi. lepak kat umah sedara adi..

Kenangan x dpt dilupakan : lepak perkampungan orang asli makan ubi kayu rebus. air sarsi yg jual kat kedai runcit kg. lerlar tu rase sedap gila.. maklumlah seminggu dok minum air sungai jek..

Day 8 : Kg.Lerlar - KL
Yahoo!!

Gambar : Ihsan semua expeditors C-US MDC



Care to comment?


Friday, 15-Mar-2002 00:00 Email | Share | | Bookmark
VTS Company Trip - Pulau Tioman

3 legged race
coconut game
 
View all 37 photos...
-the first and last trip ever . it was great especially with the counterstrike clan (the whole IT department).. keat,tang,ken,robin,cheng,prem,sumi,suresh,ila and the rest.
- we stayed at berjaya tioman resort - superb place, great food and accomodations

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.